Ad Section

PERUTUSAN

Bismilahirahmanirrahim

Assalamualaikumwawahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah.


        Lembaran tahun 2019 disingkapdengan kalimah mendoakan kesejahteraan bersama dan menadah kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Tahun baru yang datang bersamadeangan pelbagai cabaran dan peluang. Dalam menjana kecemerlangan, perancangan dan pengurusan yang sistematik amat penting. 

                Tempoh gelombang kedua (2016-2020) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia semakin suntuk. Keberhalisan yang disarankan masih lagi ada ketirisannya. Kualiti pengurusan dan kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, iklim pembelajaran kondusif, keterampilan dan kemenjadian murid serta sokongan daripada persekitaran perlu diperkasakan lagi. Guru-guru perlu bersedia untuk mendepani arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Keterbukaan minda yang dikawal oleh ilmu dankemurnian akhlak membolehkan guru-guru menerima perubahan secara positif. Kejayaan tidak databng sekelip mata. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketipian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

                 Hala tuju SMK Seri Pekan kita kongsi dan realisasikan. Agihan tugas yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan ikhlas hati agar memberikan impak positif yang maksimum terhadap semua unit dalam organisasi ini. In Sha Allah, 'seri' SMK Seri Pekan tidak akan pudar. Make your life a history not a simple story.

"CEMERLANG SEKARANG, CEMERLANG AKAN DATANG"

Excellent always and forever

Terimakasih.

Zahamana bt Zainuddin
PENGETUA