Ad Section

SEJARAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan ditubuhkan pada 01 Januari 1997 yang ketika itu menumpang di SMK Agama Pahang Muadzam Shah. SMKSP kemudiannya berpindah ke lokasi sekarang apabila asrama sudah siap dibina pada bulan Oktober tahun yang sama. SMK seri Pekan adalah merupakan sebuah sekolah model khas yang dikenali sebagai Sekolah Indera Shahbandar (SISP) yang menggabungkan pendidikan peringkat rendah dan menengah di bawah satu pengurusan.

      Sekolah ini mempunyai gabungan ciri-ciri :
     
  • SEKOLAH BESTARI MALAYSIA
  • SEKOLAH RANCANGAN KHAS
  • SEKOLAH MODEL KHAS PAHANG
  • SEKOLAH ALIRAN AGAMA
  • SEKOLAH BERASRAMA PENUH
  • SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Konsep asal penubuhan SISP ini adalah direalisasikan oleh YAB Dato; Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, iaitu semasa beliau sebagai Menteri Pendidikan Malaysia semasa pertemuan dengan Pengarah Pelajaran Pahang pada 24 November 1996. Dua buah sekolah rintis yang dipilih ialah SMK Seri Pekan dan SM Clifford, KUala Lipis. Bagi mempercepatkan proses penubuhan, sekolah ini telah beroperasi di SMKAP, Muadzam sebelum dipindahkan ke bangunan sekarang.

     Pembangunan sekolah ini melalui satu proses evolusi yang bermula dengan pembinaan:

  • Bangunan Sekolah                 1996
  • Dua Blok Asrama                   1997
  • Tambahan 2 blok asrama      2000
  • Dewan dan surau                    2001
Dalam kawasan yang sama juga ditempatkan 5 blok kediaman Institusi Pendidikan yang menampung hampir 150 keluarga kakitangan pendidikan. Keluasan tapak ialah 38 ekar yang merangkumi sekolah, asrama, rumah guru, dan kediaman Institusi Pendidikan.